Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Visa

MatawangEUR, USD, GBP
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera
Deposit minimumEUR/USD/GBP 5

Cara untuk melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

  1. Klik 'Wang Saya' pada menu sebelah kiri dalam MyAlpari. Pada menu juntai bawah tersebut, klik 'Deposit Dana'.
  2. Pilih jenis penyelesaian deposit kad yang sesuai dengan jenis kad yang akan anda gunakan untuk deposit.
  3. Klik pada 'Akaun' daripada menu juntai bawah dan pilih akaun dagangan yang anda ingin danakan. Pastikan anda memilih matawang yang anda ingin dagangkan dan masukkan jumlah deposit anda.
  4. Lengkapkan semua medan lain (jika berkenaan) pada borang tersebut dan tekan 'Sahkan' untuk meneruskan.
  5. Luangkan sedikit masa untuk menyemak semua maklumat yang telah anda masukkan sebelum mengklik 'Hantar'. Kemudian, anda akan dialihkan kepada halaman pemprosesan pembayaran di mana anda perlu memasukkan butiran kad anda.
  6. Klik pada Sejarah MyAlpari sekiranya anda ingin melihat status deposit anda.

Maklumat Penting

Penting untuk mengingati perkara yang berikut apabila anda ingin membuat deposit:

  1. Alpari International tidak menerima bayaran pihak ketiga.
  2. Sebagai sebahagian daripada proses deposit, kami akan memerlukan salinan berwarna kedua-dua bahagian Mastercard anda. Kami mengesyorkan anda menutup semua nombor kad kredit di bahagian hadapan kad kecuali empat digit terakhir. Selain itu, kami mengesyorkan anda menutup kod CVV – tiga digit terakhir di bahagian belakang kad – bagi tujuan keselamatan. Semua yang lain mesti boleh dilihat dan bahagian belakang kad mestilah bertandatangan.
  3. Alpari International menerima deposit dalam USD, EUR dan GBP sahaja. Jika anda membuat bayaran dalam mata wang yang lain, sistem kami akan menukarnya secara automatik kepada USD, EUR atau GBP dan anda mungkin dikenakan yuran penukaran.
  4. Proses kad kami akan mengenakan yuran kepada penerima bagi setiap transaksi yang ditanggung oleh pelanggan Alpari International (anda boleh melihat jadual kadar penukaran di sini). Jumlah bersih akan dipaparkan pada akaun dagangan anda dan dibiayai melalui pemproses kad.
  5. Akaun dagangan anda akan dikreditkan dengan deposit anda dengan cepat. Walau bagaimanapun, anda mungkin mengalami kelewatan jika Alpari International atau pemproses kad tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  6. Kad sama yang membuat deposit mesti digunakan jika anda ingin mengeluarkan dana tersebut.
  7. Kami mungkin memerlukan kod pengesahan untuk deposit kad anda. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin juga memerlukan syot layar penyata kad anda atau penyata bank dalam talian untuk deposit kad anda.
  8. Jika kami memerlukan apa-apa perkara berkaitan dengan butiran kad anda, ia akan dihantar menggunakan alamat e-mel rasmi Alpari International. Kami tidak akan pernah meminta maklumat peribadi anda seperti CVV atau kod keselamatan 3D kad anda. Jika anda menerima e-mel yang kelihatan mencurigakan, sila laporkan secepat mungkin ke [email protected].
  9. Alpari International tidak menyimpan data kad pelanggan. Sebarang dan semua data kad dikumpulkan dan disimpan dengan selamat dalam Pembekal Perkhidmatan Pembayaran berlesen Tahap 1 Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (Payment Card Industry Data Security Standard (PCI DSS)).
  10. Seperti yang disyorkan oleh Majlis Standard Keselamatan PCI, butiran kad pelanggan dilindungi menggunakan penyulitan Lapisan Pengangkutan — TLS 1.2 – serta lapisan aplikasi dengan AES algoritma dan panjang kunci 256 bit.

MatawangEUR, USD, GBP
Yuran / Komisen2 EUR/ 3 USD/ 2 GBP
Masa Pemprosesan24 jam

Pengeluaran dana daripada akaun dagangan anda kembali kepada kad kredit atau debit anda perlu dilakukan menerusi permintaan di MyAlpari.

Langkah-langkah untuk mengeluarkan dana daripada akaun Alpari International anda:

  1. Pergi ke 'Wang Saya' pada menu sebelah kiri. Klik 'Keluarkan dana' pada menu juntai bawah.
  2. Di bahagian 'Kad Kredit/Debit', klik 'Kad Kredit/Debit'.
  3. Pilih akaun dagangan yang anda ingin lakukan pengeluaran daripada menu Akaun. Kemudian, pilih matawang akaun anda. Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan dan isi maklumat sebarang yang diperlukan.
  4. Klik 'Sahkan' selepas membaca syarat pengeluaran anda.
  5. Anda boleh menyemak status pengeluaran anda dengan mengklik 'Pindahan Saya'.

Maklumat Penting

Ingat perkara yang berikut sebelum mengeluarkan dana:

  1. Bagi tujuan keselamatan, Alpari International tidak akan membuat bayaran kepada pihak ketiga. Nama pemegang kad mesti sama dengan nama pada akaun dagangan.
  2. Apabila anda membuat pengeluaran, anda perlu menggunakan kad sama seperti yang digunakan semasa deposit yang asal. Penting juga untuk diambil perhatian bahawa jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi jumlah yang didepositkan daripada kad yang sama.
  3. Terdapat yuran untuk memproses jumlah pengeluaran anda dan yuran ini akan diambil daripada dana yang dikeluarkan. Anda boleh mengeluarkan sebarang keuntungan yang diperoleh selepas itu dengan mana-mana cara yang tersedia yang anda pilih.
  4. Juga penting untuk memastikan bahawa akaun anda mempunyai margin bebas yang mencukupi untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda mungkin perlu menutup beberapa kedudukan dalam akaun anda sebelum membuat pengeluaran.
  5. Alpari International memproses pengeluaran anda dalam masa 1 hari perniagaan dari permintaan anda. Dari situ, dana dipindahkan ke kad pembayaran anda dalam masa satu minggu perniagaan. Kelewatan boleh berlaku jika kami mengalami sebarang masalah untuk mengesahkan maklumat anda.
  6. Kad yang membuat deposit mestilah kad yang sama digunakan untuk mengeluarkan dana.
  7. Had Pemproses Kad Kredit (setiap transaksi): Minimum: untuk menanggung yuran. Maksimum: $/€/£ 15,000.
  8. Sekiranya pemproses kad tidak dapat memproses pengeluaran anda, pasukan kami akan menghubungi anda untuk membincangkan sebarang kaedah alternatif yang boleh didapati.
  9. Alpari International tidak menyimpan sebarang data kad milik pelanggan kami. Semua maklumat sulit seperti data kad dikumpulkan dan disimpan dengan selamat hanya dalam Pembekal Perkhidmatan Pembayaran berlesen Tahap 1 DSS PCI.
  10. Seperti yang disyorkan oleh Majlis Standard Keselamatan PCI, butiran kad pelanggan dilindungi menggunakan penyulitan Lapisan Pengangkutan — TLS 1.2 – serta lapisan aplikasi dengan AES algoritma dan panjang kunci 256 bit.