Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Perfectmoney

Perfectmoney
MatawangUSD, EUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

  1. Pergi ke MyAlpari, lengkapkan borang deposit dana dan sahkan pembayaran.
  2. Kemudian anda akan dialihkan kepada halaman Perfectmoney, masukkan ID Ahli anda, kata laluan dan kod Keselamatan.
  3. Selepas mengisi semua butiran yang diperlukan, pratonton dan selesaikan pembayaran.

Maklumat Penting 

Ingat tentang perkara yang berikut apabila anda membuat deposit:

  1. Bayaran daripada pihak ketiga tidak diterima. Nama pengirim mesti sama seperti nama yang didaftarkan dengan Alpari International.
  2. Jika transaksi dihantar dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang akaun anda, ia akan ditukar secara automatik pada kadar penukaran Alpari International.
  3. Deposit akan dipaparkan pada akaun anda sebentar kemudian. Mungkin terdapat kelewatan jika Alpari International atau pembekal pembayaran mengalami masalah untuk mengesahkan maklumat anda.
  4. Mata wang yang disokong ialah EUR dan USD. Jika transaksi dibuat dalam mata wang lain, deposit anda akan ditukar kepada mata wang pilihan anda dan anda mungkin dikenakan yuran penukaran.
  5. Jika mata wang dalam akaun dagangan anda dan deposit adalah berbeza, transaksi akan ditukar dan caj mungkin dikenakan. Lihat jadual Kadar Penukaran dengan log masuk ke MyAlpari.
  6. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
  7. Masa pemprosesan Alpari untuk deposit juga boleh didapati pada jadual tersebut.

MatawangUSD, EUR
Yuran / Komisen0.5 %
Masa Pemprosesan24 jam

Cara untuk mengeluarkan dana daripada akaun Alpari International anda:

  1. Log masuk ke akaun MyAlpari anda dan di bawah 'Wang Saya', pilih 'Keluarkan Dana'.
  2. Dalam bahagian 'e-Dompet' di bawah, klik 'Keluarkan' untuk menggunakan PerfectMoney.
  3. Arahan akan muncul pada borang berkenaan, ikuti arahan dan lengkapkan borang Pengeluaran Dana dalam MyAlpari sebelum mengesahkan pembayaran.
  4. Semak terma dan syarat dan apabila anda bersedia, klik 'Sahkan'.
  5. Satu kata laluan 4 angka akan dihantar kepada anda melalui SMS atau e-mel (semak folder sarap atau spam anda sekiranya anda tidak menerima e-mel tersebut dalam masa beberapa minit). Masukkan kata laluan ini di halaman pengesahan pengeluaran dan tekan 'Hantar'.
  6. Ikuti perkembangan pindahan anda menerusi akaun MyAlpari anda. Apabila anda mengklik 'Pindahan Saya' di bawah 'Wang Saya', anda akan melihat status pengeluaran anda sebagai 'Sedang diproses', yang bermakna bahawa permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Setelah selesai, status akan berubah menjadi 'Dana telah dikirim' (biasanya dalam masa 1 hari bekerja daripada permintaan awalan anda), maknanya dana sudah dimasukkan ke dalam dompet PerfectMoney anda.

Maklumat Penting 

Ingat tentang perkara yang berikut apabila membuat pengeluaran:

  1. Kami tidak menerima bayaran kepada pihak ketiga. Nama penerima mesti sama seperti nama yang didaftarkan dengan Alpari International.
  2. Deposit awal anda boleh dikeluarkan, tetapi anda perlu menggunakan sumber dana yang sama daripada sumber yang digunakan untuk membuat deposit itu.
  3. Jika anda ingin mengeluarkan keuntungan yang terhasil selepas deposit awal, anda boleh menggunakan mana-mana kaedah pembayaran yang boleh didapati untuk anda.
  4. Semak untuk memastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka pada akaun anda.
  5. Jika transaksi dihantar dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang akaun anda, ia akan ditukar secara automatik pada kadar penukaran Alpari International. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
  6. Yuran pengeluaran akan diambil daripada jumlah pengeluaran. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen
  7. Sila semak jadual di atas untuk masa pemprosesan Alpari berhubung dengan pengeluaran.