Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Neteller

MatawangGBP, INR, PLN, USD, EUR, NGN
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera
Deposit minimumEUR/USD/GBP 5

Cara untuk melakukan deposit pada akaun Alpari International anda

  1. Pergi ke 'MyMoney' dalam menu sebelah kiri pada papan pemuka MyAlpari. Klik 'Deposit dana' pada menu juntai bawah.
  2. Klik ‘Dana Deposit’ pada menu lungsur turun.
  3. Pada kaedah deposit, pilih 'NETELLER'.
  4. Satu borang akan dibuka pada halaman berkenaan, kemudian anda perlu memilih akaun dagangan anda daripada menu 'Deposit ke dalam Akaun'. Pilih matawang dalam bahagian 'Matawang Deposit' dan masukkan jumlah deposit anda.
  5. Hanya isikan butiran log masuk NETELLER anda – alamat e-mel dan alamat kediaman anda, kemudian tekan 'Sahkan'.
  6. Semak semua maklumat sebelum mengklik 'Serah'.
  7. Setelah anda dihalakan semula ke laman penyedia, sila pilih negara anda dan masukkan kata laluan NETELLER anda.
  8. Untuk melengkapkan bayaran, anda akan diminta untuk memberikan kod pengesahan, sama ada melalui telefon Mudah Alih atau E-mel dan kemudian ID Selamat.
  9. Setelah anda melengkapkan deposit anda dengan langkah di atas, anda akan dihalakan semula ke papan pemuka anda.
  10. Anda boleh menyemak status deposit anda di MyAlpari, di bawah 'Pindahan Saya'. Kini, status pindahan anda sepatutnya dinyatakan sebagai 'Sedang diproses' sehingga deposit tersebut dikreditkan ke akaun dagangan anda, kemudian ia akan dinyatakan sebagai 'Dana telah dideposit ke dalam akaun'.

Maklumat penting

  1. Anda hanya boleh melakukan deposit daripada e-dompet NETELLER anda sendiri.
  2. Kami tidak menerima pembayaran daripada pihak ketiga.
  3. Butiran pendaftaran NETELLER anda perlu sepadan dengan butiran yang terdapat pada akaun dagangan anda. Sekiranya anda menggunakan alamat e-mel yang berbeza untuk akaun NETELLER berbanding alamat e-mel yang berdaftar di MyAlpari, tambahkan maklumat ini ke Profil Pengguna anda dalam MyAlpari.
  4. Sekiranya transaksi NETELLER anda dilakukan dalam matawang yang tidak disokong (rujuk jadual di atas), ia akan ditukarkan dan caj tukaran akan dikenakan. Log masuk untuk melihat kadar tukaran di MyAlpari.
  5. Terdapat deposit minimum bagi setiap transaksi sebanyak $/€/£ 5. Terdapat deposit maksimum sebanyak $/€/£10,000.
  6. Alpari International tidak mengenakan sebarang caj atau komisen bagi deposit yang dilakukan melalui NETELLER.
  7. Sekiranya deposit anda berjaya diproses, ia akan dikreditkan ke akaun dagangan anda. Walau bagaimanapun, kelewatan mungkin berlaku sekiranya NETELLER atau Alpari menghadapi kesukaran dalam mengesahkan maklumat anda.
  8. Neteller menyekat akaun Neteller yang berdaftar di EU untuk membuat deposit. Sekiranya akaun Neteller anda ialah akaun yang berdaftar di EU, anda mungkin tidak dapat membuat deposit, walaupun anda melihat pilihan ini di laman web Alpari International.
MatawangGBP, INR, PLN, USD, EUR, NGN
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan24 jam

Pengeluaran dana daripada akaun Alpari International anda

  1. Dalam MyAlpari, pergi ke ‘Wang Saya’ pada menu atas dan pilih 'Keluarkan dana'.
  2. Klik butang 'Keluarkan' di sebelah pilihan NETELLER.
  3. Satu borang akan dibuka sekarang. Pergi ke menu 'Keluarkan daripada akaun' dan pilih akaun dagangan yang berkenaan. Kemudian, pilih matawang yang akan digunakan untuk menerima dana di bawah bahagian 'Matawang Pindahan'. Dalam medan 'Jumlah pengeluaran', masukkan jumlah pengeluaran yang diinginkan.
  4. Sebaik sahaja anda melengkapkan semua maklumat yang diperlukan (termasuk ID selamat 6 angka anda yang diterima semasa pembukaan akaun NETELLER), luangkan sedikit masa untuk membaca semua syarat pengeluaran sebelum mengklik 'Sahkan'.
  5. Kata laluan akan dihantar kepada anda menerusi SMS atau e-mel. Taipkan kata laluan ini ke dalam medan yang berkenaan.
  6. Anda boleh menyemak status dan butiran pengeluaran anda pada bila-bila masa di 'Sejarah MyAlpari'.

Maklumat penting

  1. Pengeluaran kepada pihak ketiga adalah tidak diterima.
  2. Anda hanya boleh mengeluarkan dana ke akaun NETELLER yang sama yang digunakan semasa melakukan deposit asal.
  3. Untuk mengeluarkan dana menerusi NETELLER, anda mesti pernah menggunakan NETELLER untuk melakukan deposit asal.
  4. Pengeluaran maksimum yang boleh dilakukan adalah sebanyak EUR 10,000 atau setara (rujuk jadual untuk matawang yang disokong). Tiada jumlah pengeluaran minimum.
  5. Caj pengeluaran akan ditolak daripada jumlah pengeluaran anda.
  6. Pastikan terdapat margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menanggung jumlah pengeluaran anda. Sekiranya margin bebas tidak mencukupi, sebarang kedudukan terbuka anda akan ditutup.
  7. Sekiranya anda telah menjana keuntungan yang mencukupi menerusi dagangan yang dilakukan, keuntungan berkenaan boleh dikeluarkan melalui NETELLER selagi ia dikeluarkan kepada akaun NETELLER yang sama yang digunakan untuk deposit asal. Kami turut menerima pengeluaran menerusi pindahan bank, tetapi kami mungkin memerlukan penyata bank yang menunjukkan nama pemegang akaun yang sama dengan nama yang berdaftar dengan Alpari International.
  8. MyAlpari mengemas kini kadar tukaran ini setiap hari.