Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Bitcoin

MatawangBTC
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan24 jam

Melakukan deposit ke dalam akaun Alpari International anda

  1. Pastikan anda melengkapkan borang Deposit Dana dalam MyAlpari yang boleh ditemui di bawah MyMoney dalam menu utama, kemudian sahkan pembayaran.
  2. Dari situ, anda akan dialihkan kepada halaman pembayaran untuk Bitcoin. Tindakan ini akan menjana sebuah invois dengan kod QR.
  3. Imbas kod ini menggunakan aplikasi dompet Bitcoin peribadi anda.
  4. Apabila anda mengakses pembayaran Bitcoin anda menerusi aplikasi dompet Bitcoin peribadi anda, klik untuk mengesahkan pembayaran.
  5. Sebaik sahaja anda mengesahkan pembayaran, teruskan berada di halaman. Dalam masa sepuluh saat, anda akan melihat status transaksi.
  6. Pergi ke MyAlpari untuk melihat perkembangan pindahan anda. Anda boleh klik pada 'MyMenu' dalam menu sisi, kemudian 'Pindahan Saya' untuk menjejaki semua transaksi deposit dan pengeluaran yang masih belum dilaksanakan.
  7. Sekiranya status menunjukkan 'Sedang Diproses', maknanya permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Biasanya ia mengambil masa 1-2 jam untuk status ini berubah dan ditunjukkan sebagai 'Dana didepositkan ke akaun anda'.

Maklumat Penting

Sekiranya anda melakukan deposit, ambil maklum mengenai perkara berikut:

  1. Pembayaran pihak ketiga adalah tidak diterima. Nama pengirim mesti sama seperti nama yang didaftarkan dengan Alpari International.
  2. Kami akan menukarkan sebarang matawang yang berbeza daripada matawang akaun anda secara automatik, berdasarkan kadar tukaran Alpari International.
  3. Deposit yang berjaya akan dikirimkan ke dalam akaun anda sebentar kemudian. Kelewatan mungkin berlaku sekiranya pihak Alpari International atau pembekal pembayaran gagal mengesahkan maklumat anda.
  4. Kami mempunyai matawang sokongan (lihat jadual di atas). Sekiranya deposit anda tidak dilakukan dalam matawang yang disokong, ia akan ditukarkan dan pembekal mungkin mengenakan caj tukaran.
  5. Sekiranya matawang akaun dagangan anda berbeza daripada matawang deposit anda, transaksi tersebut akan ditukarkan dan caj akan dikenakan berdasarkan jadual kadar tukaran dalam MyAlpari.
  6. Jadual kadar tukaran kami dikemas kini setiap hari.
  7. Jadual di atas memperincikan masa pemprosesan deposit di Alpari.
  8. Had maksimum adalah sebanyak USD/EUR/GBP 25,000 bagi setiap klien, setiap bulan.
  9. Jika anda mengeluarkan Bitcoin, ia perlu dikeluarkan kepada dompet Bitcoin yang sama yang digunakan untuk melakukan deposit berkenaan.
  10. Jumlah pengeluaran bagi alamat Bitcoin tertentu tidak boleh melebihi jumlah deposit keseluruhan daripada alamat Bitcoin yang sama.
  11. Dalam kes tertentu, kami mungkin meminta anda untuk memberikan petikan skrin dompet Bitcoin anda, yang memaparkan transaksi Alpari International dengan jelas.
  12. Jumlah pengeluaran terkumpul atau tunggal yang lebih daripada USD / EUR / GBP 3,000 setiap hari mungkin memerlukan beberapa maklumat tambahan seperti nama dompet Bitcoin anda, dan Alpari International mungkin memerlukan anda untuk berkongsi dokumen KYC anda dengan pembekal. Hal ini mungkin menyebabkan kelewatan tambahan selama satu hari bekerja.
  13. Sila ambil perhatian bahawa untuk membuat deposit lebih daripada USD / EUR / GBP 3,000 setiap transaksi ke akaun dagangan anda, anda perlu memberikan dokumen KYC anda kepada penyedia perkhidmatan untuk meluluskan akaun kripto anda sekali. Penyediaan dokumen perlu dilakukan semasa proses deposit.
  14. Jika anda memilih tahap polisi Yuran Rangkaian yang lebih rendah daripada tahap "Normal", hal ini mungkin menyebabkan transaksi ini ditolak oleh rangkaian. Semakin tinggi tahap polisi, semakin tinggi peluang untuk transaksi anda ditambah ke dalam blok dalam rangkaian Blockchain.
  15. Pastikan dompet BTC anda sentiasa dikemas kini.
  16. Pembekal mencadangkan untuk menggunakan dompet Bitcoin tertentu seperti dompet Bitpay, Copay, BTC.com, Mycelium, Edge, Electrum, Bitcoin Core, Bitcoin.com, BRD, Bitnovo, Blockchain, Exodus, HODL kerana ia menyokong protokol pembayaran Bitcoin terbaru. Sekiranya dompet anda tiada dalam senarai ini, ia mungkin tidak akan diterima oleh pembekal. Pembekal telah memaklumkan bahawa proses pentadbiran menerusi tukaran akan menyebabkan kelewatan yang ketara dan hal ini akan mengganggu rangkaian Bitcoin dan kadar tukaran yang dijamin.
  17. Sebarang maklumat yang anda terima daripada kami berkenaan dompet Bitcoin atau pendaftaran anda akan disampaikan menerusi alamat e-mel rasmi Alpari International. Kami tidak akan meminta sebarang butiran dompet Bitcoin peribadi anda. Sekiranya anda menerima sebarang mesej yang meragukan, sila hubungi kami di: [email protected]
MatawangBTC
Yuran / Komisen1 %
Masa Pemprosesan24 - 48 jam

Pengeluaran dana daripada MyAlpari

  1. Dalam MyAlpari, pilih 'Keluarkan dana' di bawah menu sisi "MyMoney'.
  2. Skrol ke bawah sehingga 'e-Dompet' dan klik 'Keluarkan' untuk meminta pengeluaran Bitcoin anda.
  3. Satu borang akan muncul dengan arahan terperinci. Ikuti arahan tersebut dan lengkapkan borang 'Pengeluaran dana' dalam MyAlpari dan sahkan pengeluaran.
  4. Baca terma dan syarat yang ditetapkan dan klik 'Sahkan' sebaik sahaja anda bersedia.
  5. Satu kata laluan 4 angka akan dihantar kepada anda melalui SMS atau e-mel (semak folder sarap atau spam anda sekiranya anda tidak menerima e-mel tersebut dalam masa beberapa minit). Masukkan kata laluan ini di halaman pengesahan pengeluaran sebelum menekan 'Hantar'.
  6. Anda boleh pergi ke MyAlpari untuk melihat perkembangan pindahan anda. Klik pada 'MyMenu', kemudian 'Pindahan Saya' untuk melihat semua transaksi deposit dan pengeluaran yang masih belum dilaksanakan.
  7. Sekiranya pengeluaran anda berada dalam status 'Sedang Diproses', maknanya permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Tidak lama kemudian, biasanya dalam masa satu hari bekerja selepas permintaan anda dilakukan, status akan berubah kepada 'Dana dikirim' yang mengesahkan bahawa dana telah dikirim ke dompet Bitcoin anda.

Maklumat Penting

Sekiranya anda melakukan pengeluaran, sila pastikan perkara berikut:

  1. Pembayaran pihak ketiga adalah tidak diterima. Nama penerima mestilah sepadan dengan nama yang berdaftar dengan Alpari International.
  2. Jika anda menghantar permintaan pengeluaran, semua transaksi deposit Bitcoin akan dikembalikan kepada sumber asalnya.
  3. Jika anda ingin mengeluarkan sebarang keuntungan yang terhasil selepas deposit awalan, anda boleh mengeluarkan menerusi sebarang kaedah Pengeluaran lain yang boleh didapati untuk anda.
  4. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk pengeluaran anda. Jika tidak, anda perlu memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka pada akaun anda.
  5. Sekiranya matawang dagangan dan permintaan pengeluaran anda berbeza, transaksi tersebut akan ditukarkan dan caj akan dikenakan berdasarkan jadual kadar tukaran dalam MyAlpari.
  6. Kami mengemas kini kadar tukaran ini setiap hari.
  7. Kami akan mendebitkan caj pengeluaran daripada jumlah pengeluaran. Sila semak jadual di atas untuk Caj/Komisen yang kami kenakan.
  8. Jadual di atas menunjukkan masa pemprosesan pengeluaran kami.
  9. Jumlah pengeluaran terkumpul atau tunggal yang mungkin melebihi USD / EUR / GBP 3,000 setiap hari mungkin memerlukan pengesahan pengenalan diri tambahan, misalnya nama dompet Bitcoin anda. Alpari International mungkin memerlukan anda untuk berkongsi dokumen KYC anda dengan pembekal. Perkara ini mungkin menyebabkan kelewatan tambahan selama satu hari bekerja.
  10. Pengeluaran kepada alamat Bitcoin tertentu tidak boleh melebihi jumlah deposit keseluruhan daripada alamat Bitcoin yang sama.
  11. Alpari International berhak untuk memproses permintaan pengeluaran Bitcoin klien melalui kaedah pembayaran lain, sekiranya terdapat force majeure dan/atau Bencana Alam dan/atau sebarang alasan lain di luar kawalan Syarikat.
  12. Penting untuk anda ketahui sekiranya anda memilih tahap polisi Yuran Rangkaian yang lebih rendah daripada tahap "Normal", hal ini mungkin menyebabkan transaksi ini ditolak oleh rangkaian.
  13. Semakin tinggi tahap polisi, semakin tinggi peluang untuk transaksi anda ditambah ke dalam blok dalam rangkaian Blockchain.
  14. Pastikan dompet BTC anda sentiasa dikemas kini.
  15. Pembekal mencadangkan untuk menggunakan dompet Bitcoin tertentu seperti dompet Bitpay, Copay, Mycelium, Airbitz, Electrum, Bitcoin Core, Bitcoin.com dan BRD (Bread) kerana ia menyokong protokol pembayaran Bitcoin terbaru. Sekiranya dompet anda tiada dalam senarai ini, ia mungkin tidak akan diterima oleh pembekal. Pembekal telah memaklumkan bahawa proses pentadbiran menerusi tukaran akan menyebabkan kelewatan yang ketara dan hal ini akan mengganggu rangkaian Bitcoin dan kadar tukaran yang dijamin.
  16. Sebarang maklumat yang anda terima daripada kami berkenaan dompet Bitcoin atau pendaftaran anda akan disampaikan menerusi alamat e-mel rasmi Alpari International. Kami tidak akan meminta sebarang butiran dompet Bitcoin peribadi anda. Sekiranya anda menerima sebarang mesej yang meragukan, sila hubungi kami di: [email protected]