Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Tingkatkan potensi anda untuk berjaya dengan strategi dagangan forex

Berdagang melibatkan risiko. Anda boleh kehilangan modal anda.

Pendedahan Tentang Strategi Dagangan Forex

Dagangan yang berjaya memerlukan tahap pengetahuan yang tertentu. Untuk meningkatkan peluang anda mendapat untung, penting untuk diketahui sebanyak mungkin tentang pasaran dan strategi dagangan di sebaliknya.

Strategi memberi anda hala tuju untuk dagangan forex anda, mengurangkan pembuatan keputusan panik yang boleh berlaku dalam keadaan yang mendesak. Apabila anda belajar tentang strategi forex, anda akan mengetahui cara mengekalkan disiplin yang kukuh iaitu faktor penting bagi dagangan forex yang baik. Strategi akan membimbing anda melalui dagangan dan memberi anda peluang terbaik untuk kemungkinan hasil yang berjaya.

Apakah strategi dagangan?

Membuat keputusan dagangan forex mengikut gerak hati. Pedagang yang paling berjaya ialah mereka yang meluangkan banyak masa untuk belajar tentang pasaran dan membina pengetahuan yang mantap tentang pengurusan risiko melalui penggunaan strategi dagangan yang sewajarnya. Belajar tentang pasaran membantu anda mula melihat corak, trend dan keadaan dalam pasaran dan akhirnya strategi itu sendiri akan membolehkan anda meramal hasil yang paling berkemungkinan.

Bagaimanakah cara menggunakan strategi dagangan?

Semua dagangan berisiko, itulah sebabnya mempelajari strategi forex membantu anda mengurus risiko itu. Semua ini terhasil dengan pengalaman, tetapi salah satu cara yang terbaik untuk mempelajari cara menggunakannya adalah dengan berlatih di akaun demo yang membolehkan anda menguji strategi anda dalam persekitaran langsung yang sifar risiko kerana anda tidak melaburkan wang anda sendiri.

Dagangan demo membina keyakinan anda untuk memulakan dagangan di dunia sebenar, oleh itu ia idea yang baik untuk meluangkan masa anda dan berlatih sebanyak mungkin terlebih dahulu.

Gaya dagangan forex yang popular

Sebelum mendalami strategi, mari lihat beberapa gaya dagangan yang popular kerana anda tidak dapat menggunakan satu strategi tanpa strategi yang lain.

Dagangan harian

pedagang baru menyukai strategi ini kerana mudah untuk difahami serta telah dicuba dan diuji selama bertahun-tahun. Ia bermakna anda keluar daripada dagangan sebelum dagangan ditutup pada hari tersebut. Dagangan harian menghapuskan risiko anda terjejas disebabkan oleh kemungkinan pergerakan yang besar semalaman.

Dagangan scalping

ini merujuk dagangan jangka pendek, kadang-kadang dipegang hanya selama beberapa minit. Scalping adalah tentang mengharapkan untuk menewaskan spread bida/tawaran dan kemungkinan mendapat beberapa mata sebelum dagangan ditutup.

Dagangan kedudukan

ini ialah strategi pedagang yang berpengalaman dan memerlukan banyak kesabaran dan disiplin. Berhati-hati dengan strategi ini jika anda pedagang baru. Strategi ini melihat trend jangka panjang dan menyasarkan untuk mendapatkan mata yang maksimum daripada peralihan harga yang besar.

Dagangan swing

pedagang swing mencari peluang untuk mendapat untung daripada corak harga jangka pendek dan akan melihat bar setiap 30 minit atau lebih kurang itu.

Strategi dagangan forex yang popular

Apabila anda sudah menentukan gaya yang sesuai dengan anda, tiba masanya untuk mula mendalami strategi. Berikut ialah beberapa strategi yang paling popular.

Dagangan Bladerunner

Dagangan Bladerunner

ini berlaku apabila pedagang menggunakan tindakan harga dalam mata wang untuk mengusahakan harga pembelian yang terbaik dan strategi yang popular dalam kalangan pedagang baru dan juga pedagang berpengalaman.

Dagangan Titik Pangsi Fibonacci Harian

Dagangan Titik Pangsi Fibonacci Harian

ini mengikuti garisan jujukan Fibonacci (iaitu 1, 3, 5, 8, 13 dsb.) Pedagang menggunakan jujukan tersebut pada carta harga mereka untuk meramalkan kemungkinan kadar pasaran yang akan datang.

Dagangan Lantunan Jalur Bolly

Dagangan Lantunan Jalur Bolly

ramai pedagang menggunakan strategi ini apabila mata wang bergerak dalam trend biasa, hanya mengukur sisihan piawai atau ketakentuan harga saham. Jalur Bolly membentuk had di sekitar pergerakan harga jangka pendek.

Dagangan Fibonacci Bertindan Forex

Dagangan Fibonacci Bertindan Forex

Ini ialah langkah lanjutan daripada Dagangan Titik Pangsi Fibonacci Harian dan memerlukan dagangan memetakan jujukan Fibonacci pada trend yang sama tetapi titik yang berbeza. Jika titik sepadan, ia menunjukkan kawasan sokongan yang kuat.

Dagangan London Hammer

Dagangan London Hammer

Popular dengan dagangan emas, dagangan ini yang melihat nilai yang menurun daripada harga pembukaan dan kemudian meningkat semula pada atau menghampiri harga permulaan. Pedagang yang menggunakan strategi ini akan mempunyai idea yang baik tentang garis rintangan dan sokongan.

Dagangan Fraktal Forex

Dagangan Fraktal Forex

fraktal ialah corak yang dikenal pasti oleh pedagang sebagai pengesahan pembalikan. Dalam peralihan bulis, fraktal kelihatan seperti menjunam di tengah, di sisinya titik yang lebih tinggi. Dalam peralihan bearis, satu puncak terbentuk dengan titik lebih rendah di kedua-dua sisi.

Dagangan Stokastik Dual Forex

Dagangan Stokastik Dual Forex

ini berlaku apabila turun naik stokastik mengisyaratkan trend yang mungkin akan berbalik, iaitu petanda kepada pedagang bahawa mereka perlu menukar kedudukan mereka pada aset.

Dagangan Drop ‘n’ Stop

Dagangan Drop ‘n’ Stop

bertentangan daripada Pop ‘n’ Stop iaitu aset menurun, berubah-ubah dan bergerak dalam arah yang jelas. Dapatkan masa yang tepat dan anda boleh mendapat manfaat.

Dagangan Pop ‘n’ Stop

Dagangan Pop ‘n’ Stop

Pop ‘n’ Stop ialah pedagang memanfaatkan penembusan jangka pendek yang pantas daripada julat terhad yang sebaliknya boleh terlepas. Pedagang akan mengenal pasti teori tindakan harga dan corak lilin bar penolakan untuk mengenal pasti peluang ini.

Dagangan Forex Simulasi

Uji strategi pada akaun demo.

Simulator forex

Kami telah menyebut tentang akaun demo sebelum ini tetapi berbaloi untuk mengulanginya. Anda boleh berlatih dan mempelajari banyak helah dagangan pada akaun demo dengan bereksperimen dengan mana-mana strategi di atas. Berlatih strategi anda tanpa risiko kerugian wang sebenar ialah kelebihan yang besar untuk pedagang baru.

Dagangan yang berjaya memerlukan pengetahuan dan keyakinan – kedua-duanya boleh diasah pada akaun demo anda mengikut masa anda sendiri.

Akaun demo Alpari International memberi anda alat untuk berdagang dalam keadaan pasaran sebenar. Inilah tempatnya anda boleh membuat sebanyak mungkin kesilapan yang anda mahu tanpa sebarang kerumitan pada modal anda dan bersedia dari segi mental – iaitu belajar cara mengawal emosi dan membina kesabaran – serta membina keyakinan untuk mula melaburkan wang anda sendiri.

Buka akaun demo anda sekarang

Berdagang melibatkan risiko. Anda boleh kehilangan modal anda.

Baru dalam dagangan forex? Panduan Permulaan Perdagangan memberikan maklumat yang lebih berharga tentang istilah dan soalan lazim yang perlu anda ketahui.