Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.
Amaran risiko: Modal anda menghadapi risiko tinggi. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC.

Soalan Lazim

Apakah yang boleh saya bantu anda pada hari ini?

Membuat Dagangan

Pergi ke platform dagangan dan pergi ke 'Alatan' dan kemudian 'Pesanan Baru' dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam tetingkap baru.

  1. Klik Kanan/Dua Kali pada dagangan yang anda ingin tutup

  2. Apabila tetingkap pesanan dibuka, klik 'Tutup' dan kemudian 'OK'

Dalam tab 'Sejarah Akaun', anda boleh menyemak semua kedudukan yang ditutup.

Pada Akaun Standard, anda boleh menetapkan Henti Rugi/Ambil Untung dalam tetingkap pesanan baru.

Pada Akaun ECN, anda boleh menetapkan Henti Rugi/Ambil Untung apabila anda membuat pesanan baru dengan mengklik dua kali pada pesanan atau dengan klik kanan. Anda boleh membuat perubahan dengan memilih 'Ubah Suai atau Padam Pesanan' daripada tab 'Dagangan' dalam tetingkap terminal.

Anda tidak boleh mengubah suai atau memadam Henti Rugi/Ambil Untung apabila harga sudah dicapai.

Pada carta platform MT, terdapat harga yang dipaparkan sebagai Bida maksimum atau Tinggi (bahagian atas bar) dan Bida minimum atau Rendah (bahagian bawah bar).

- Harga tanya = Bida+ Spread

- Tanya minimum = Rendah + Spread

- Tanya maksimum = Tinggi + Spread

  • Pesanan Henti Rugi dan Ambil Untung anda pada kedudukan Beli akan dicetuskan apabila harga Bida mencapai aras pesanan
  • Pesanan Henti Rugi dan Ambil Untung anda pada kedudukan Jual akan dicetuskan apabila harga Tanya mencapai aras pesanan
  • Pesanan Had Beli dan Henti Beli akan dicetuskan apabila harga Tanya mencapai aras pesanan
  • Pesanan Had Jual dan Henti Jual akan dicetuskan apabila harga Bida mencapai aras pesanan
  • Anda boleh memaparkan 'Garis Tanya' pada carta anda dengan mengikuti langkah berikut:
    • Klik kanan di mana-mana pada carta dan pilih 'Properties'
    • Pergi ke tab 'Umum' dan pilih 'Tunjukkan Garis Tanya'
    • Klik 'OK' untuk menggunakan

Nilai negatif dipaparkan kerana spread dan komisen yang dikenakan (untuk akaun ECN dan ECN MT5).

Ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Akaun anda ditetapkan kepada baca sahaja.
  • Anda log masuk menggunakan kata laluan baca sahaja.
  • Kata laluan baca sahaja anda sama dengan kata laluan akaun dagangan anda.
  • Anda belum membuat deposit minimum deposit minimum diperlukan untuk akaun tersebut.

Ya. Tetapi ingatlah bahawa trailing stop menjadi tidak aktif apabila anda log keluar daripada platform anda atau anda terputus sambungan.

Ini boleh disebabkan anda menghantar arahan tambahan kepada platform sebelum arahan sebelumnya dilengkapkan yang boleh berlaku daripada berbilang klik atau EA yang hiperaktif. Jika perkara ini berlaku, log keluar daripada platform dan log masuk sekali lagi.

Tidak, tetapi jika anda mempunyai Trailing Stop dan EA, ini akan menjadi tidak aktif secara automatik jika platform anda ditutup atau anda log keluar.

Pastikan anda telah membuat deposit minimum yang diperlukan untuk akaun tersebut.

Sekiranya isu tersebut berterusan, sila hubungi pasukan Sokongan Pelanggan.

Kedudukan anda akan terus dibuka dan akan digulung matang (roll over) (dengan caj swap ) ke hari dagangan seterusnya. Lihat kadar yuran swap kami di halaman Spesifikasi Kontrak .

Sekiranya anda mengesyaki perkara ini, tindakan pertama yang perlu anda lakukan adalah menukar kata laluan akaun dagangan anda .

Seterusnya, lihat sejarah dagangan anda:

  1. Dalam platform MT anda, klik tab 'Jurnal'.
  2. Dalam tab 'Jurnal', klik kanan di mana-mana dan pilih 'Buka'.
  3. Lihat aktiviti dagangan anda.

Jika anda menggunakan platform MT pada lebih daripada satu peranti, anda perlu mendapatkan semua fail log untuk seluruh sejarah anda.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Sokongan Pelanggan.

Kembali ke FAQ